Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan
kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa
dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu yang Maha
Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk
menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui.
Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya
Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku
pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia
untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam
pilihan ini. Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah
buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka
hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah
bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.” (Riwayat
Bukhari).
Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya
terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam
membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi
lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di
kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan
memilih jodoh sahaja.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita
kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan
amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah
sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan
kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah
surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu,
maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon
kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari
limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa
sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak
mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku
dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah
pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan
permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya
Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam
urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku,
kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan
untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal
Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat
Istikharah adalah seperti berikut;
Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan bismillah dan selawat dahulu).
Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan bismillah dan selawat dahulu).