Tersenyum melihat langit

Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.

Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tidak pernah tahu,
Kamu yang tidak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tidak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.

Sampai Bila Bila

semalam aku rasa nda tahan sesangat .
bila aku fikirkan perkara nie , aku rasa sakit hati .
apa yang aku buat semuanya nda kena bagi aku .
dalam hati nie sudah terlalu penuh aku simpankan apa yang aku sabarkan selama nie .
bagaikan gunung mahu meletus sehingga menggegarkan dunia .

aku cuba menahan diri daripada sebelum nie .
tapi perasaan aku makin membuak buak .
aku tumbuk pintu , aku jerit dan aku jerit .
diri aku sebenarnya aku bukan mudah marah pada seseorang .
apa yang orang buat pada aku , aku sabarkan diri lagi . 

Tapi kadang kesabaran seseorang itu ada batasnya.

bila perasaan tue makin geram membuatkan aku meletus .
aku menangis teresak esak keseorangan .
jari jemari habis aku gengammi seerat eratnya .
jantung berdegup kencang dek kerana kemarahan yang mendalam .

aku bukan apa , terlalu banyak yang aku simpankan di dalam .
aku bukan mudah cepat pemarah , bukan mudah membalas balik .
itu bukan diri aku , aku tidak mahu ajarkan diri aku seperti tu .
tidak mahu .

sumpah aku kecewa sesangat sekarang .
Ya Allah, lihatlah air mata hambaMu ini, aku mohon ubahlah kepedihanku menjadi bahagia. hanya mampuku telan dan SABAR ! 

"With the remembrance of Allah. our hearts will be at ease. With patience, in shaa Allah comes the reward.."

Perit Datang Kembali

Kalaolah boleh aku mao tamatkan riwayat perasaan hati aku
aku nda mao sudah ada hati pada sesiapa
biar aku tiada hati dan perasaan pada sesiapa
dan biar sesiapa tiada hati dan perasaan pada aku.

Sebab aku tahu, perasaan memang tidak boleh dipijak pijakkan
luka sedikit habis parah
kadang orang nda nampak apa pengorbanan dan sayang aku pada seseorang tue
aku mao salahkan siapa ? Tuhan ?
Impossible

Aku nda tao macam mana caranya lagi mao bagitao yang aku benar benar sayangkan seseorang tue
mao ka aku bagitao pada dunia yang aku sayangkan dia ?
mao ka aku teriak dari bukit yang aku sayangkan dia ?
semua tue bukan jawapan
sebab apa yang aku katakan tidak akan sama seperti yang aku sayangkan siapa dia.

Aku baring dan pejamkan mata
dalam bisik hati aku memanggil nama kao
moga moga biar kao terdengar
betapa aku perlukan siapa kao .

Sekarang sekali lagi aku tersungkur
apa yang harus aku lakukan
aku takut untuk teruskan perjalanan
aku terlalu takut

perasaan perit tue datang kembali
aku takut
aku sakit
dan terlalu sakit untuk menghadapi semua nie

Tuhan,
andai benar dia jodoh aku
temukan dan satukanlah perasaan ini
andai benar dia bukan jodoh aku
aku redha.

Tips Kecantikan



#Bismillah ,

Assalamualaikum readers.
Here I'm  just want to share Tips untuk selalu cantik bagi wanita solehah,

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim agar wajah selalu segar, berseri-seri, dan cantik, cucilah minimim 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan keringkan dengan towel and biarkan ia menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berdikir, berdoa.

Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab kerut di wajah, perbanyaklah ‘olah raga’. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym dan lain-lain cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat berarti kita menggerakan seluruh tubuh. Konsultasikan semua keluh kesah kita pada Zat Yang Maha Tahu - Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab pula agar awet muda, gunakanlah senyum. Tidak hanya di bibir tapi di hati juga. Katakan pada diri sendiri anda adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam operasi plastik. Tidak lupa membisikan ‘kata kunci’

“Allahumma kamaa hassanta khalqii fahassin khuluqii”

“Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaq ku” (HR. Ahmad).

Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak dipakai menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, singset dan mulus, lakukan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, air putih.


# InsyaAllah tips ini boleh membantu dan berguna bagi muslimah diluar sana . Selamat mencoba :)