Perempuan ada 9 nafsu 1 akal

Biasakah dengar orang kata, lelaki ada 1 nafsu & 9 akal manakala perempuan pula is the other way around. Yeah you heard me, perempuan ada 9 nafsu & 1 akal.(Ada orang kata hadis ini tidak sahih, but lets just pretend like its true) Okay kalau dibaca sekali imbas memang akan rasa macam pathetic gila orang perempuan. Kasihan, perempuan itu kelihatan macam pandai, bijak, cerdik but actually dia ada 1 akal jax. Tengok perempuan tue suci dan lemah lembut. but eventually dia ada 9 nafsu. Haha!

But things don't work that way buddy. Bila cakap pasal nafsu, it can be broad. It can be anything that require lust. Nafsu makan, nafsu shopping, nafsu berak dan pelbagai lagi. Oleh kerana perempuan mempunyai nafsu yang maha pelbagai, maka orang perempuan ini seringkali dilabelkan sebagai kaum yang amat sukar difahami. Perempuan nie pendirian dia sangat tidak tetap. Tidak stabil. Ibarat macam jetski yang dilambung ombak ketika air pasang. Hari nie dia kata lain, the next day dia kata lain. Walaupun dia kata lain-lain tapi we expect you guys boleh terima bulat-bulat. Kalau tidak boleh terima, kitorang akan marah. Haha! Cool bukan? Tidak dengar cakap jax marah. Hee, Itulah specialnya orang perempuan, we are allowed to marah-marah like crazy once in a month without being scolded back. (Thanks for the uncontrollable scientific-proven hormone!)

Lepas tue, orang perempuan ni cepat sangat terpengaruh. I mean like real cepat. Contoh paling senang adalah fashion. Ok contoh sekarang adalah musim Harem pants. Maka bergegaslah mereka ke Times Square jam ini juga untuk mencari Harem pants (TS murah sikit hihi). Lepas tue Harem pants dah tenggelam, keluar pulak Tapered pants. Ah kena pergi balik TS untuk beli Tapered pants! Ga keren lho kalo ga ikut peredaran fashion! And the list goes on. Disebabkan orang perempuan suka pakai baju ikut fashion, kadang-kadang ada certain baju tue dia pernah pakai sekali dua jax. Yelah musim sudah habis, Ndaa kn mao pakai baju tue lagi kot. Nanti orang kata ''You're so ketinggalan duhhh~' .

Bila tengok orang dok pakai clog, beriya kita cari clog yang sale sekitar mall di KL. Bila tengok orang pakai makeup, kita pon nak juga walaupun kita tau in the end kita akan pakai sekali dua jax make up tu sebab segan. Bila tengok orang pakai shawl Hana Tajima, kita pon nak juga jadi Hana Tajima walaupun muka kita tak sesuai pakai shawl tu. Bila tengok orang pakai vintage dress, kita pon beriyalah bersengkang mata cari online shop yang ada jual baju vintage. These are the commonest examples that I could think of. I know well cuz i'm a woman too. Aku pon ndaa lepas juga dari penangan 9 nafsu ni. Siyes penat emosi & jasmani sebab tidak pernah puas dengan apa yang kita ada.

Benda nie buatkan aku terfikir. APA YANG AKU KEJAR SEBENARNYA? Aku berkorban duit, masa & tenaga semua ini untuk apa? Kepuasan? Tapi aku tidak pernah puas pon. Makin aku berkorban, makin aku terkorban. Eh apa aku cakap nie? Hahahaha but yeah i hope you got my idea. Kau ndaa kan pernah puas kalau kau keep on comparing yourself with others. Orang ada kita pon nak ada juga. Orang tiada, kita mao ada juga. Habis bila masa jax yang kita tiada nie ? Eh apa yang ada apa yang tiada nei. Aku ni suka melalut sampai sudah terlupa apa aku nak cakap sebenarnya. Cis. Semakin aku dewasa nie (eceh!), aku cuba untuk tahan nafsu dari benda-benda macam nie. I mean, aku cuba kawal diri daripada terpengaruh dengan orang lain. Walaupun orang pakai shawl fancy2, aku tetap dengan tudung bawal murahanku Jyeah, mula-mula rasa macam segan gila aku sorang jax yang pakai jeans & bawal, semua orang pakai maxi skirts & shawl HT like sangat cantik kottttttt. But then I get used to it. Just confident dengan diri sendiri. Doesn't mean kalau kita tak ikut fashion sekarang kita tak ohsem kan? Aku adalah contoh manusia ohsem kahkah. (Perasan)

Macam makeup pula, dulu aku pon sibuk juga nak pakai makeup bila gather dengan kawan-kawan, konon-konon ndaa mao rasa macam being left out la kan. Semua orang pakai makeup ndaa kan kau sorang jax datang dengan muka plain? Nanti nampak macam you are not belong to that group. (That's what I used to think before). So aku nie sibuk nak pakai eyeshadow & mascara bagai, lepas tue bila mao solat sudah susah. Kena pakai remover and all. Buang masa jax. Lepas tue kena pakai balik makeup. Benda 10minit sudah jadi 30minit. Belum lagi cerita  part lilit shawl bagai, duyy berapa jam lah tuh ar . Lagipon mama  aku sendiri masih larang aku untuk pakai make up because nanti ndaa nampak seri tyme I khawin . Tah lah itu kan pandangan orang tua, so I just follow. but sometymes tangan gatal doh mao juga bermake up.

Tulah benda-benda yang buat aku rasa penat. Sebab nak impress orang punya pasal, then I got to sacrifice alot of things. Dulu aku okay jax, but now aku rasa rimas & menyusahkan. Well benda ni depends kat individu sebenarnya. Kalau semua orang fikir macam aku, then tiadalah bah fashionista didunia nie betul? Haha. Bosan lah pula dunia ni nanti. But apa yang aku nak cuba sampaikan adalah, kalau kau rasa benda tue macam tidak bagi benefit kat kau, then don't do it. Kalau kau rasa kau buat semua benda nie sebab nak setaraf dengan kawan-kawan kau, then you got a big problem. Benda ni tak sihat sebenarnya, sebab korang walaupun berkawan tapi sebenarnya korang adalah lawan. Korang macam bersaing-saing siapa pakai baju lagi cantik and stuff bila meet up walaupun secara amnya korang adalah goodfriends. Jangan cakap tak, at least korang mesti terdetik sedikit jealousy. Perempuan kan memang suka envy. Thats the fact.

So the best way is, kurangkan stalk fashionista. Jangan salah faham, aku suka tengok fashionista juga, but sometimes you just gotta do it. Bila korang tidak stalk, korang tidak tau fashion terbaru, lepas tu korang pon tidak beli haha! Anyway diorang kan fashionista, sudah bidang dia disitu, of course la dia kena pakai latest fashion hee. Yang kita orang biasa-biasa nie tidak payah lah kot mao berusaha sangat mao jadi macam diorang. Just keep things moderate. Kadang-kadang simple is more kan? Tapi kalau nak juga, terserah kamu deh sebab minat orang kan lain-lain.

Lepas tu kenalah kuatkan iman dan tinggikan paras konfiden dengan berbisik dihati ayat sebegini 'AKU CANTIK WALAUPUN TAK PAKAI MAKEUP AKU CANTIK WALAUPUN AKU PAKAI BLOUSE DENGAN CROCS JAX' Korang kena ada konfiden, tapi janganlah terlebih sehingga menjadi riak pula sampai bila jumpa fashionista kau pergi cakap ' Hello aku cantik jax walaupun tidak pakai baju macam kau'. Itu dah melampau. Memang aku pergi simbah acid kat muka kau haha! Anyway, bila kau ada konfiden kau akan rasa 'I am pretty just the way I am' lepas tu mesti kau ndaa terpengaruh dengan orang lain. Cool kan macam tuh. Hati kau tenang, duit kau pon selamat dan yang penting, kau tengah belajar menahan nafsu haloba. Its a good thing right .


p/s : Berfashionlah ikut kemampuan kamu. Ndaa salah kalau sekali sekala mao bershopping, nak pakai makeup cantik-cantik, tapi jangan sampai overboard. Peringatan ini untuk diri sendiri juga. Aku pon pernah buat silap dan Im learning from my mistakes, Kita kan manusia. Biasalah kan. Marilah girlfriends kita belajar untuk terima diri sendiri dengan seadanya! (: