Wahai diri.. semangat kentalmu kemana menghilang? Keteguhan jiwamu kenapa berkurang? Sesungguhnya jalan dakwah itu memang penuh duri dan cabang-cabang kesulitan. Namun ingatlah, jalan itulah membawa kamu kepada kejayaan, dan jalan itu jugalah membawa kamu kepada keredhaan Tuhan. Oleh itu, bangkitlah kembali wahai diri. Kamu tidak akan gagal selagi kamu tidak berhenti mencuba. InsyaAllah..
*tears*

Setiap manusia mempunyai kelebihan, kekuatan, kelemahan, dan kekurangan. Dan kekadang ujian dan dugaan yg dikurniakan oleh Allah s.w.t. meliputi kekurangan dan kelemahan berbanding kekuatan dan kelebihan.

Kerana apa?

Kerana itulah hikmah Allah timpakan sesuatu dugaan dan ujian itu, agar sudut yang lemah menjadi kuat, yang kurang menjadi sempurna.

Kerana ujian dan dugaan itulah yang mematangkan jiwa dan akal fikiran kita dalam menjalani kehidupan dunia..

Subhanallah.

:)
Sehebat dan sebesar manapun ujian dunia yang menimpa, al-Quran tidak pernah mengecewakan orang-orang yang beriman dalam memberikan satu motivasi yang memandu mereka ke arah menguatkan iman mereka.

Mereka seolah-olah melalui satu jalan berliku, berduri dan penuh halangan, tetapi tahu hala tuju mereka pada suatu peta yang jelas di penghujungnya, kenikmatan yang berkekalan.

Salam imtihan. :)