Payah

punyalah payah dia belajar sayang kau , tapi kau senang sayang orang lain .

punyalah payah dia cari masa untuk bersama , tapi kau senang berjimba dengan si dia .
punyalah payah untuk dia mencintai kau , tapi kau senang cari cinta lain .
punyalah payah dia rindukan kau , tapi kau senang rindukan yang di sana .
punyalah payah dia mencuba .


tapi
walaupun payah , dia tahu dia takkan pernah menyesal .
sebab dia kata dia tak pernah letih mencuba .

cumanya , dia inginkan satu jawapan . jawapan yang pasti . kerana dia tak sanggup berkongsi kasih . ini bukan cerita " ku terima satu nota dari dua wanita..." ini cerita nota cinta yang tiada noktah .

dia kata dia kuat kerana ada kau . dia kata kau pemberi semangat . dia kata kau seorang yang istimewa . apa yang dia kata semua baik-baik belaka . walaupun tahu ada cacat cela , dia tetap kata "manusia tiada yang sempurna . " dan dia kata , semua orang berhak bahagia walau dengan apa cara .

dia tabah orangya .

No matter how strong a girl is, she has a weak point. And sometimes, all she need is a hug . 
dalam tabah dia, ada terselit sisi lemah. 

#Dia malu sebenarnya, tapi tiada siapa percaya.Dia buat tidak endah dengan semua itu. 
Palsunya senyuman dia,  hanya dia seorang yang tahu.