berdesing telinga mendengar cerita
khabar berita yang kurang enaknya
memaksa aku menggali bukti
dengan cara aku sendiri
aku tahu
aku yakin
aku pasti
langkah aku memakan diri
juga meranapkan hati
sebelah hati kata , " teruskan !"
sebelah lagi memaksa aku untuk hentikan
mana satu patut aku pertahankan ?
tanpa sedar , aku teruskan
tanpa sedar , langkah aku lajukan
seribu satu persoalan bermain di benak fikiran
yang hanya dapat diugkaikan dengan satu jawapan
berkali aku laungkan ,
jangan sekali timbulkan dusta
jangan sekali cambahkan helah
tapi sayang ,
laungan aku bagai angin lalu .
mereka musykil
mereka bingung
tak percaya dengan tindakan
tak percaya dengan omongan
dari aku
mereka fikir aku akan lepas tangan
mereka fikir aku akan tinggalkan
mereka fikir aku tak mampu tahan
tapi aku berhak
berhak memilih
memilih untuk teruskan
atau memilih untuk hentikan
dan aku pilih untuk bertahan .
bertahan demi perasaan
perasaan yang payah untuk hilang
payah untuk dipadam
payah-sepayah payahnya .
# orang kata kepercayaan akan hilang bila dituang dengan penipuan , tapi aku sangkal . aku memilih untuk terus percaya kerana manusia layak diberi peluang kedua .